BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Live Broadcast

Tuesday, June 28, 2011

Silat Cekak Hanafi

Silat Cekak Hanafi


Silat... Bila sebut sahaja pasal silat, kita akan membayangkan tariannya, liuk lentoknya. Namun apa yang dipelajari dalam silat cekak berbeza sekali. Secekak membawa erti segenggam. Segenggam ini pula membawa kepada banyak maksud. Pertamanya, Silat Cekak mempelajari yang segenggam bukan yang segantang. Di sini dimaksudkan bahawa mata pelajaran Silat Cekak merupakan mata pelajaran intisari silat sahaja (segenggam) bukannya cabang-cabang silat yang banyak (segantang).

Keringkasan Silat Cekak ini dapat dilihat dalam sistem mata pelajarannya, yang sangat mudah dan cepat dipelajari. Ilmu Silat Cekak mendidik pengamalnya supaya tidak mengelak ke kiri atau ke kanan, tidak pula berundur ke belakang, malah mara ke hadapan dalam gerak yang satu.

Bersambung...

Monday, November 22, 2010

Mengail di pulau ketam



Salam semua...

kali ni nak wat report ttg aktiviti mengail di pulau ketam... aktiviti kegemaran saya tak kira masa dan tempat... kalau boleh hari² nak mengail.

dijadikan cerita ada seorang sahabat mempelawa saya joint komplot beliau mengail di pulau ketam menaiki sampan milik saudara Ali Cina (boatman). Beliau (Boatman) seorang yang peramah dan penuh ilmu didada (ilmu mengail la). bagi yang pertama kali nak mengail atas sampan... beliaulah org yang paling sesuai menjadi tekongnya.




Ini gambar beliau sedang berhempas pulas menjalakan umpan buat kami bertiga...Dimana sudah menjadi adat sebelum memancing kena sediakan umpanya dahalu.

perjalanan kami diteruskan kelubuk pilihan boatman, beliau gemar membawa pengail kelubuk tebal pipi.

lebih kurang 15minit umpan yang kami baling langsung tak jamah, cagut sikit²pun tak mau... mulalah tekong memberikan tips kesihatan. kemudian beliaupun memulakan balingan... zap!!! kurang dari 2 minit ikan dah sambar... mmg sah dia tekong yang berpengalaman...


ni la ikannya... tebal pipi beratnya lebih kurang sekitar 1kg. Kemudian barulah pancing kami mula dimakan ikan...


Mizan aka Jerung Bin Hitam

Photobucket
Khalil juga dah dapat... aku senyap jerk... hero biasanya tewas dulu...


"wahai udang... mengapakah joran ku tak mau lentur lagi ni...?" tanya ku pada sang udang... tak lama lepastu barulah joran memberi tindak balas positif...

Photobucket
Yahooooo!!!! Alhamdullillah.... akhirnya umpanku menjerat si ikan pilihan.

kami meneruskan mengail dilubuk yang sama untuk beberapa ketika, beberapa ekor tebal pipi dapat kami daratkan... seterusnya kami akan berpindah lubuk. Sebagai anchorman saya menjalankan tugas, menaik sauh untuk berpindah.


berpindah lubuk adalah pekara wajib semasa mengail, bersampan mahupun ditebing. Namun bersama saudara Ali Cina agak berbeza. Beliau kerap berpindah lubuk jika beliau rasakan kurang ikan disitu.

bersambung....

Monday, March 29, 2010

Senangin taiwan di kolam Pendamaran

Di kolam pancing Pendamaran, firstime aku mancing kat sini. Oleh kerana lama sgt tak dapat merasa tarikan ikan lalu aku turun kat saltwater paypond...

Mempertaruhkan RM62/4jam dengan bersenjatakan light action rod dan keliki bagi menewaskan sang senangin taiwan.

Pada jam yang pertama tiada sebarang ikan dapat didaratkan... tak lama kemudian hujan pula turun dengan lebatnya, ianya menghampakan kami kerana ikan enggan makan pada waktu hujan...


keadaan semakin kusut mendengar pemancing lain menjerit "ikan tak ada oooo!"... namun sebagai seorang pemancing tegar kami teruskan casting joran masing²... pada mulanya kami merancang hanya memancing untuk 3 jam, tapi disebabkan masing² enggan mengalah, 1jam masa tambahan kami peruntukan.

Zaaazzzzz!!! renjatan yang pertama, pertarungan yang mendebarkan sambaran pertama si senangin taiwan tumpas ditangan rakan, tak jauh jarak masa sambaran ke-2 mengena siakap merah dapat didaratkan rakan lain. Tinggal aku yang sunyi tanpa berita...

Opocot!!! udang kopek sebagai umpan casting rasa disambar, lalu kusentap... Alhamdullilah... senangin taiwan akhirnya tewas ditanganku...


bergambar bersama hasil tangkapan

Friday, October 16, 2009

melalak smpai pagi!!!

aktiviti melalak ni ditaja oleh Izlan Razi....









Thursday, September 17, 2009

Berbuka puasa di paksu corner 2009

klip videonya pendek² je.... Selamat menonton...







Wednesday, September 9, 2009

Meggi ketam + Udang + Ikan




Aku bersama awek aku kat tepi pantai bagan lalang, masa tu saje je jalan² kat pantai, kami ni mmg suka makan smbil bersantai, lihatlah kesasaan tubuh kami... video ni adalah operasi dimana ujikaji masakan meggi. Hasilnya menyelerakan... nyum...nyum...

anak buah aku



Nur Nadirah Binti Kamaruddin

Friday, August 28, 2009

1 Malaysia

Wednesday, August 12, 2009

File *.doc Bertukar Kepada File *.exe

Pernahkah anda mengalaminya? *.doc anda bertukar manjadi *.exe
jika terjadi sedemikian bermakna drive anda telah dijangkiti virus.

Langkah terbaik untuk menghindarinya adalah dengan mengamalkan Jangan amalkan 'double click'.

Jika telah dijangkiti dan anda perlu dokumen² anda semula perlulah melakukan beberapa langkah seperti berikut :-
andaikan dokumen² tersebut berada dalam pendrive.

i) Dapatkan sebuah komputer yang belum dijangkiti virus.
ii) Buatkan setting pada komputer tersebut :- My Computer > Tools > Folder Options > View

Sila ikut setting seperti gambar di atas.

iii) Langkah berikutnya sila download Attribute Changer dan install pada komputer yang sama.

iv) Setelah berjaya melakukan setting dan install Attribute Changer masukkan pendrive tadi.
Ingat Jangan amalkan 'double click'. sekiranya setelah pendrive dimasukkan popup seperti gambar dibawah sila abaikan dengan 'Click Cancel'. Seharusnya anda mengamalkan 'right click' > explore atau open. Jika anda ter 'double click' juga silalah cari komputer lain dan lakukanlah langkah ii hingga iv semula.


v) Kemudian anda akan dapati file *.doc anda masih berada dalam pendrive tapi dalam keadaan 'hide'. Highligt pada file *.doc atau *.docx(office 2007) dan 'right click'.

vi) Sila pilih Change attributes
vii) Kemudian sila ikut setting seperti gambar di bawah. Setelah lakukan langkah ini, file *.doc anda akan kembali pada normal. Untuk langkah keselamatan copy file yang telah pulihkan pada komputer dan format pendrive tersebut.


Jangan Amalkan 'Double Click' Untuk Buka Storage Device

Jangan amalkan 'double click' untuk apa sahaja jenis device penyimpan data contohnya :-
i) Pendrive
ii) CD/DVD
iii) Floppy Drive
iv) dan lain² lagi drive penyimpan data.

Ianya kerana kita tidak tahu berkemungkinan drive tersebut telah berpenyakit (VIRUS). sekiranya double click dilakukan fungsi 'autorun' akan terjadi. maka virus akan mula beroperasi menyerang Drive C:\ komputer anda.

Sebaliknya anda harus mengamalkan 'right click' > explore atau open bagi membuka drive penyimpan data anda.

Thursday, August 6, 2009

Kenapa Seseorang Itu Susah Untuk Bekerja Lama Dalam 1 Tempat Kerja

wuhuu... skrg nampaknye kite ada ikan berenang2...tp nmpk mcm berterbangan ...ataupun bergolek2...lihatlah ekor2nyee... golek2...golek2...

huh...such a pack day... kepala berat sgt harini... 7am-5pm berlari2 (tp x kurus pun..sbb x kuar peluh)... mana nk kurus... lari dalam lab je...air cond ala2 london plak tuh...pastu lunch aym goreng... hehehehe... tp yg paling menarik hari ni x semena2 aku leh plak kongsi rasa hati dgn manusia paling aku jaki slama ni... aku x mula key.. dia yg ajak aku ngumpat dulu...so aku pun tunjukkanlah skill aku...x sangka minah ni mmg pandai kutuk orang... igtkan kaku je jd robot dpn pc..hehhehe... kami bukan ape...bengang siot keje x abis2...sampel dtg mcm air...mulut customer pun cam air...laju je komplen...bos plak laju je bg diskaun... tebantut tau jumlah gaji aku..hahaha...

kpd labmate2 ku sekalian (jg pd kwn2 harapan negara), marilah kita sama2 bekerja keras demi negara...ats nama tanggungjawab & kepuasan diri.. bukan soal kampeni tuh bkn bapakku yg punya.. tp masalahnye plezzz la jgn mkn gaji buta...x rasa besalah ke...? hello ..dh mkn gaji tuh wat cara mkn gaji key...eh, mkn gaji pun aku gemuk jgk...x pyh tunggu nk ada bisnes sendiri baru nk mkn sedap...hehehe... life is HOW we think it is... work cool, baby.. anda shj yg boleh menyelamatkan diri anda dari high blood pressure...mane ada keje rileks,beb!

ada sape2 tahu tak knp seseorang tu (atau kita sndiri) susah nk lekat dkt 1 tpt keje dlm masa yg panjang?
a) cpt bosan siot!! xde hiburan
b) bos kedekut gaji
c) kerja teruk sgt
d) mnympah kt opismate
e) hubby cemburu..hehehe
f) i got better offer maa..(sume co. cari i)
g) mmg dh curse kt tpt tu..asal org msuk je msti x lama...

cpt..!! wanna know ur thought...mesti penah tepike kan...


Wednesday, August 5, 2009

Salam Kenal, Salam Kasih...

Salam perkenalan, salam setakung kasih...

Thanx utk Mr. HIGHHOPE yg izinkan kita kongsi2 cite kat cni... ; nak wat sendiwi x pandai.. ahakks!

Blog ni belum ada arah tujuan lagi..so kira main bantai hantam saje lah... anyone got idea? hehehe... kalau nk ikutkan dlm pale otak ni cuma ada kereta je skrg... huh, kretaku di luar tu mst dah kena gigit nyamuk mlm2 ni...hhehehe....

mr. highhope,
ampun sembah salam mintak tunjuk ajar... ku pacal yg hina ini menagih ilmu bersulam kasih darimu.... huhuuu...

Friday, July 31, 2009

Taman Pertanian Shah Alam

Empangan Sungai Baru

Lokasi yang menarik... macam² aktiviti boleh dilakukan di lokasi ini, berjoging, memancing, berkemah, berbasikal, merentas hutan dan pelbagai lagi aktiviti yang boleh dilakukan. Teringin sekali rasanya untuk berkemah di sini. perkemahan yang disertai oleh rakan² pasti menyeronokkan.

Sunday, July 26, 2009

5 Science 1