BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Live Broadcast

Showing posts with label kolam pancing. Show all posts
Showing posts with label kolam pancing. Show all posts

Monday, November 22, 2010

Mengail di pulau ketam



Salam semua...

kali ni nak wat report ttg aktiviti mengail di pulau ketam... aktiviti kegemaran saya tak kira masa dan tempat... kalau boleh hari² nak mengail.

dijadikan cerita ada seorang sahabat mempelawa saya joint komplot beliau mengail di pulau ketam menaiki sampan milik saudara Ali Cina (boatman). Beliau (Boatman) seorang yang peramah dan penuh ilmu didada (ilmu mengail la). bagi yang pertama kali nak mengail atas sampan... beliaulah org yang paling sesuai menjadi tekongnya.




Ini gambar beliau sedang berhempas pulas menjalakan umpan buat kami bertiga...Dimana sudah menjadi adat sebelum memancing kena sediakan umpanya dahalu.

perjalanan kami diteruskan kelubuk pilihan boatman, beliau gemar membawa pengail kelubuk tebal pipi.

lebih kurang 15minit umpan yang kami baling langsung tak jamah, cagut sikit²pun tak mau... mulalah tekong memberikan tips kesihatan. kemudian beliaupun memulakan balingan... zap!!! kurang dari 2 minit ikan dah sambar... mmg sah dia tekong yang berpengalaman...


ni la ikannya... tebal pipi beratnya lebih kurang sekitar 1kg. Kemudian barulah pancing kami mula dimakan ikan...


Mizan aka Jerung Bin Hitam

Photobucket
Khalil juga dah dapat... aku senyap jerk... hero biasanya tewas dulu...


"wahai udang... mengapakah joran ku tak mau lentur lagi ni...?" tanya ku pada sang udang... tak lama lepastu barulah joran memberi tindak balas positif...

Photobucket
Yahooooo!!!! Alhamdullillah.... akhirnya umpanku menjerat si ikan pilihan.

kami meneruskan mengail dilubuk yang sama untuk beberapa ketika, beberapa ekor tebal pipi dapat kami daratkan... seterusnya kami akan berpindah lubuk. Sebagai anchorman saya menjalankan tugas, menaik sauh untuk berpindah.


berpindah lubuk adalah pekara wajib semasa mengail, bersampan mahupun ditebing. Namun bersama saudara Ali Cina agak berbeza. Beliau kerap berpindah lubuk jika beliau rasakan kurang ikan disitu.

bersambung....

Monday, March 29, 2010

Senangin taiwan di kolam Pendamaran

Di kolam pancing Pendamaran, firstime aku mancing kat sini. Oleh kerana lama sgt tak dapat merasa tarikan ikan lalu aku turun kat saltwater paypond...

Mempertaruhkan RM62/4jam dengan bersenjatakan light action rod dan keliki bagi menewaskan sang senangin taiwan.

Pada jam yang pertama tiada sebarang ikan dapat didaratkan... tak lama kemudian hujan pula turun dengan lebatnya, ianya menghampakan kami kerana ikan enggan makan pada waktu hujan...


keadaan semakin kusut mendengar pemancing lain menjerit "ikan tak ada oooo!"... namun sebagai seorang pemancing tegar kami teruskan casting joran masing²... pada mulanya kami merancang hanya memancing untuk 3 jam, tapi disebabkan masing² enggan mengalah, 1jam masa tambahan kami peruntukan.

Zaaazzzzz!!! renjatan yang pertama, pertarungan yang mendebarkan sambaran pertama si senangin taiwan tumpas ditangan rakan, tak jauh jarak masa sambaran ke-2 mengena siakap merah dapat didaratkan rakan lain. Tinggal aku yang sunyi tanpa berita...

Opocot!!! udang kopek sebagai umpan casting rasa disambar, lalu kusentap... Alhamdullilah... senangin taiwan akhirnya tewas ditanganku...


bergambar bersama hasil tangkapan