Salam semua...
kali ni nak wat report ttg aktiviti mengail di pulau ketam... aktiviti kegemaran saya tak kira masa dan tempat... kalau boleh hari² nak mengail.
dijadikan cerita ada seorang sahabat mempelawa saya joint komplot beliau mengail di pulau ketam menaiki sampan milik saudara Ali Cina (boatman). Beliau (Boatman) seorang yang peramah dan penuh ilmu didada (ilmu mengail la). bagi yang pertama kali nak mengail atas sampan... beliaulah org yang paling sesuai menjadi tekongnya.
Ini gambar beliau sedang berhempas pulas menjalakan umpan buat kami bertiga...Dimana sudah menjadi adat sebelum memancing kena sediakan umpanya dahalu.
perjalanan kami diteruskan kelubuk pilihan boatman, beliau gemar membawa pengail kelubuk tebal pipi.
lebih kurang 15minit umpan yang kami baling langsung tak jamah, cagut sikit²pun tak mau... mulalah tekong memberikan tips kesihatan. kemudian beliaupun memulakan balingan... zap!!! kurang dari 2 minit ikan dah sambar... mmg sah dia tekong yang berpengalaman...
ni la ikannya... tebal pipi beratnya lebih kurang sekitar 1kg. Kemudian barulah pancing kami mula dimakan ikan...
Mizan aka Jerung Bin Hitam
Khalil juga dah dapat... aku senyap jerk... hero biasanya tewas dulu...
"wahai udang... mengapakah joran ku tak mau lentur lagi ni...?" tanya ku pada sang udang... tak lama lepastu barulah joran memberi tindak balas positif...
Yahooooo!!!! Alhamdullillah.... akhirnya umpanku menjerat si ikan pilihan.
kami meneruskan mengail dilubuk yang sama untuk beberapa ketika, beberapa ekor tebal pipi dapat kami daratkan... seterusnya kami akan berpindah lubuk. Sebagai anchorman saya menjalankan tugas, menaik sauh untuk berpindah.
berpindah lubuk adalah pekara wajib semasa mengail, bersampan mahupun ditebing. Namun bersama saudara Ali Cina agak berbeza. Beliau kerap berpindah lubuk jika beliau rasakan kurang ikan disitu.
bersambung....
Live Broadcast
Monday, November 22, 2010
Mengail di pulau ketam
Dicatat oleh highhope di 4:20 PM
Label: hobi, ikan, kolam pancing, ngail, pulau ketam, tebal pipi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 ulasan:
waaa...cam best je...
apee....????! hari2 nak ngail...? balik umah cepat...
best... mmg best... rana nak gi lagi...
baik sayang abg balik skarang...
Post a Comment